Powered by Blogger.
RSS

Perjalanan Ke Langkawi

Untuk Perjalanan ke Langkawi, anda boleh menggunakan pengangkutan laut dah udara. Kalau anda menggunakan pengangkutan laut, boleh memilih untuk menaiki feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Di bawah adalah maklumat berkenaan perjalan feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

Kuala Perlis Ke Langkawi
- Perkhidmatan feri bermula daripada 7.00 pagi dan terakhir pada 7.00 malam.
- Jadual perjalanan feri tertakluk kepada syarikat yang mengendalikan perkhidmatan berkenaan. 
- Jarak perjalanan adalah 35 km dari Kuala Perlis.
- Tempoh perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit.
- Perjalanan dari Kuala Perlis mengambil masa yang cepat berbanding dengan Kuala Kedah.
-Banyak tempat letak kenderaan disediakan, dan mengikut masa letak kenderaan.
- Harga tambang untuk dewasa RM 18.00 dan kanak-kanak RM 13.00
- Sesiapa yang mabuk laut, mempunyai anak kecil dan pertama kali menaiki feri ke Langkawi digalakkan bertolak dari Kuala Perlis.

Kuala Kedah Ke Langkawi
- Perkhidmatan feri bermula dari pukul 7.00 pagi dan terakhir pada 7.00 malam.
- Jadual perjalanan feri tertakluk kepada syarikat yang mengendalikan perkhidmatan berkenaan.
- Jarak perjalanan adalah 57 km dari Kuala Kedah.
- Tempoh perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.
- Bagi sesiapa yang ingin merasai perjalanan laut yang lama, boleh memilih Kuala Kedah.
- Bayaran meletak tempat kereta mengikut hari. Banyak tempat kereta disediakan dan berbumbung.
- Harga tambang untuk dewasa RM 23.00 dan kanak-kanak RM 17.00

Perkhidmatan Melalui Udara.
Anda boleh merancang perjalanan anda melalui udara dengan menaiki kapal terbang tambang murah seperti Air Asia dan Fire Fly. Perjalanan ke Langkawi dari Pulau Pinang melalui Air Asia dan Fire Fly yang mengambil masa hanya 15 minit.
Untuk perjalanan dari Kuala Lumpur melalui pesawat Mas, Air Asia dan Fire Fly. Perjalanan mengambil masa 1jam sahaja.
  Dengan menggunakan perkhidmatan udara ini, anda semua boleh menikmati permandangan dan keindahan Langkawi dari pada atas, sangatlah mengagumkan dan mengasyikan anugerah ciptaan tuhan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

silvertagfm said...

-------------->Bersama Deejay Kecoh Aje<----------------
RADIO IS ON AIR
http://www.facebook.com/SilvertagFm/app_174225559282949 <--- klik to listen
::RADIO ONLINE::
::mendengar melalui HandPhone::
http://s2.myradiostream.com:29480/listen.pl

Hajah Masnisah Misdi said...

Salam saya cikgu masnisah dari sk parit mahang, selangor. Cadangnya kami kelab guru nak gi santai kt langhkawi.Tapi camana nak mudahkan program ye.

Post a Comment