Powered by Blogger.
RSS

Asal Usul Pulau Langkawi

    Asal usul Langkawi nie, ada dalam banyak versi, menurut sejarah, Langkawi berasal dari dua buah perkataan Lang iaitu burung helang yang tinggal di Langkawi.Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi berwarna merah, mudah terlerai dan tanah yang berbatu kawi ini, sesuai dengan kawasan pertanian.
 
   Langkawi juga, sudah terkenal sejak kurun 15 lagi, sebagai pulau yang menghasilkan rempah ratus seperti lada sulah atau lancahui, mempunyai "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya", mengikut catatan Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis pada tahun 1621.

Selain itu, Langkawi dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai pada tahun 1987, dan menjadi salah satu destinasi pilihan perlancongan di Malaysia. Selepas pesat membangun lebih 20 tahun, Langkawi sekali lagi diiktiraf oleh UNESCO, menjadi Pulau Geopark pertama di asia tenggara pada tahun 2007. Macam tulah lebih kurang asal usul langkawi sehingga menjadi pulau peranginan yang popular di Malaysia. Kalau nak tau lebih lanjut, korang kena la masuk taman lagenda kat Langkawi, takde bayaran nk masuk dlm taman tue, free ja... nanti bolah tau lebih lengkap lagenda pulau nie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment