Powered by Blogger.
RSS

Tempat Menarik Pantai Kok

       Pantai Kok sinonim dengan tempat perkelahan dan tempat melepak serta melapangkan fikiran. Pantai Kok nie terletak jauh dengan Pekan Kuah dan berdekatan dengan Kareta Kabel. Anda boleh singgah ke pantai ini, setelah menaiki kereta kabel. Di pantai nie juga, pihak kerajaan telah menjadikan tempat berlabuh bagi kapal-kapal layar yang ingin belayar ke Singapura, China dan sebagainya. Tempat berlabuh kapal2 ini dinamakan Telaga Habour. Korang nak tengok pelbagai jenis kapal layar boleh lah datang ke sini. Satu tempat lagi untuk kapal-kapal layar berlabuh adalah di Yatch Club, iaitu bersebelahan dengan jeti kuah.
     Selain itu, rumah api juga dibina untuk memudahkan kapal-kapal layar ini, berlabuh di Telaga Habour. Ops, sebelum lupa satu lagi, kalo siapa-siapa nak tengok pulau buatan boleh ke sini, nampak mcm "real island" jugak tau. Nie gambar pulau buatan  tersebut.


Di bawah nie, saya sempat sediakan beberapa keping gambar yang saya amik kat sini.Saya paling suka berkelah dan bersantai di sini, kerana tempat yang yang redup di kelilingi pokok rhu dan gambar-gambar kapal layar yang saya sempat "snap"..hihihi :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment