Powered by Blogger.
RSS

Nama Pantai-Pantai Menarik Di Langkawi

Banyak tempat-tempat menarik di Langkawi boleh anda lawati.. Semua tempat yang dilawati mmg best lah bagi sapa2 yang tak penah datang Pulau Langkawi lagi. Saya nk senarai kan tempat-tempat yang boleh anda lawati, boleh anda rancang nak pergi melawat tempat-tempat mana kan... Saya nak berkongsi cerita  dengan anda tentang semua tempat yang ada di Langkawi nie dengan terperinci... Boleh????? Sini Saya senaraikan satu per satu key..

Saya bagitau dlu nama pantai- pantai yang anda boleh lepak dan mandi manda, nak berehat dan tenangkan fikiran pon boleh... Memang sangat tenang la kalau kita stress pi lepak kat pantai pasti okay lepas tu.

1) Pantai Chenang
2) Pantai Tanjung Rhu
3) Pantai Kok
4) Pantai Pasir Tengkorak
5) Pantai Teluk Yu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengiktirafan Langkawi Sebagai Geopark

   Langkawi diiktiraf sebagai Langkawi Geopark  pada 01.06.2007 oleh UNESCO ke 49 di dunia. Ini sungguh menakjubkan kerana menerima pengiktirafan yang amat bermakna dan mebolehkan Langkawi menjadi tempat yang dikenali di dunia. Sehubungan dengan itu, Langkawi telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang dikategorikan sebagai Geopark iaitu :-

  • Machinchang Geoforest Park - kawasan kambria berusia 450 - 550 juta tahun - yang memiliki batu tertua serta bukti sejarah awal usul bumi Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Geoforest Park Kilim mempunyai landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia hasil hakisan serta cuaca .
Untuk keterangan lanjut berkenaan Langkawi Geopark anda boleh lawati website-website dibawah :-
http://www.langkawigeopark.com.my/
http://www.langkawi-geopark.com/geopark-overview
http://ms.wikipedia.org/wiki/Langkawi_Geopark

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Asal Usul Pulau Langkawi

    Asal usul Langkawi nie, ada dalam banyak versi, menurut sejarah, Langkawi berasal dari dua buah perkataan Lang iaitu burung helang yang tinggal di Langkawi.Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi berwarna merah, mudah terlerai dan tanah yang berbatu kawi ini, sesuai dengan kawasan pertanian.
 
   Langkawi juga, sudah terkenal sejak kurun 15 lagi, sebagai pulau yang menghasilkan rempah ratus seperti lada sulah atau lancahui, mempunyai "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya", mengikut catatan Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis pada tahun 1621.

Selain itu, Langkawi dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai pada tahun 1987, dan menjadi salah satu destinasi pilihan perlancongan di Malaysia. Selepas pesat membangun lebih 20 tahun, Langkawi sekali lagi diiktiraf oleh UNESCO, menjadi Pulau Geopark pertama di asia tenggara pada tahun 2007. Macam tulah lebih kurang asal usul langkawi sehingga menjadi pulau peranginan yang popular di Malaysia. Kalau nak tau lebih lanjut, korang kena la masuk taman lagenda kat Langkawi, takde bayaran nk masuk dlm taman tue, free ja... nanti bolah tau lebih lengkap lagenda pulau nie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan Ke Langkawi

Untuk Perjalanan ke Langkawi, anda boleh menggunakan pengangkutan laut dah udara. Kalau anda menggunakan pengangkutan laut, boleh memilih untuk menaiki feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Di bawah adalah maklumat berkenaan perjalan feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

Kuala Perlis Ke Langkawi
- Perkhidmatan feri bermula daripada 7.00 pagi dan terakhir pada 7.00 malam.
- Jadual perjalanan feri tertakluk kepada syarikat yang mengendalikan perkhidmatan berkenaan. 
- Jarak perjalanan adalah 35 km dari Kuala Perlis.
- Tempoh perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit.
- Perjalanan dari Kuala Perlis mengambil masa yang cepat berbanding dengan Kuala Kedah.
-Banyak tempat letak kenderaan disediakan, dan mengikut masa letak kenderaan.
- Harga tambang untuk dewasa RM 18.00 dan kanak-kanak RM 13.00
- Sesiapa yang mabuk laut, mempunyai anak kecil dan pertama kali menaiki feri ke Langkawi digalakkan bertolak dari Kuala Perlis.

Kuala Kedah Ke Langkawi
- Perkhidmatan feri bermula dari pukul 7.00 pagi dan terakhir pada 7.00 malam.
- Jadual perjalanan feri tertakluk kepada syarikat yang mengendalikan perkhidmatan berkenaan.
- Jarak perjalanan adalah 57 km dari Kuala Kedah.
- Tempoh perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.
- Bagi sesiapa yang ingin merasai perjalanan laut yang lama, boleh memilih Kuala Kedah.
- Bayaran meletak tempat kereta mengikut hari. Banyak tempat kereta disediakan dan berbumbung.
- Harga tambang untuk dewasa RM 23.00 dan kanak-kanak RM 17.00

Perkhidmatan Melalui Udara.
Anda boleh merancang perjalanan anda melalui udara dengan menaiki kapal terbang tambang murah seperti Air Asia dan Fire Fly. Perjalanan ke Langkawi dari Pulau Pinang melalui Air Asia dan Fire Fly yang mengambil masa hanya 15 minit.
Untuk perjalanan dari Kuala Lumpur melalui pesawat Mas, Air Asia dan Fire Fly. Perjalanan mengambil masa 1jam sahaja.
  Dengan menggunakan perkhidmatan udara ini, anda semua boleh menikmati permandangan dan keindahan Langkawi dari pada atas, sangatlah mengagumkan dan mengasyikan anugerah ciptaan tuhan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS