Powered by Blogger.
RSS

Tempat Menarik : Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting nie, terletak di pulau lain. Untuk pengetahuan korang, tasik ni, sangat unik kerana terbentuk di dalam pulau lain yang mana sekelilingnya air masin, manakala tasik itu air tawar.. bayangkan keunikan dan keindahan ciptaan yang Maha Esa. Kita manusia biasa mmg tak boleh ciptaan benda-benda macam nie. Tasik Dayang nie termasuk dalam salah satu tempat yang dijadikan sebagai GEOPARK. Kalo kita tgk pulau nie, mmg bentuk mcm pulau orang nk bersalin. nie sy amik bahagian kepala dan tangan aja.. cuba la tgk gmbar kat bwh nie...


Okay, nie gambar yang baru saya dapat, nie nampak mcm betul2 seseorang nak bersalin.... tgk gambar kat bawah nie... ini adalah kebesaran ALLAH S.W.T membentuk pulau dayang bunting nie menjadi sedemikian rupa...hihihi

  

Gambar nie pulak permandangan tasik dayang bunting dari udara..cantik kan???? Cantik kan... Airnya yang hijau -kehijauan.


  Saya pernah pergi sekali ke tasik dayang bunting ini, anda boleh mandi di tasik ini, kerana pihak LADA telah menyediakan pelantar dan pelampung untuk keperluan mandi di tasik ini.  Nie, gambar pihak LADA menyediakan pelantar untuk para pelancong ke tasik ini.



  Owh, sebelum saya terlupa, orang tua-tua cakap, air tasik dayang bunting ini, boleh diminum bagi sesiapa yang belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin lepas minum air ini, ada rezeki untuk mendapat cahaya mata. Saya pernah mendengar 1 cerita yang mana ada seorang pelancong ke tasik dayang bunting untuk meminum air semata-mata untuk mendapatkan cahaya mata, Dengan izin ALLAH selepas meminum air tasik ini, dye disahkan mengandung. Sapa-sapa yang ingin mencubanya boleh la datang ke sini..

Di Bawah nie, saya sertakan gambar2 permandangan sekitar Pulau Dayang Bunting ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat Menarik : Laman Padi

        Nama sawah dan padi adalah sinonim dengan negeri Kedah yang mana merupakan negeri Jelapang Padi negara kita. Oleh Demikian,satu tempat yang dinamakan Laman Padi telah diilhamkan oleh Datuk Seri Sanusi Bin Junid yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah. Beliau memperkenalkan Laman Padi kepada pelancong-pelancong luar negara dan dalam negara yang datang ke Langkawi.Para Pelancong dapat melihat penanaman padi yang bermula daripada menabur benih-benih padi sehinggalah pokok-pokok padi menjadi masak. Satu musim padi tersebut adalah selama 4 bulan yang bermula dari penanaman benih padi sehingga padi-padi tersebut masak.

         Selain itu, pelancong-pelancong luar negara dan tempatan boleh menjadikan tempat tangkap gambar bagi "out door wedding. kerana laman padi ini, adalah merupakan permandangan yang cantik, dan anda boleh mengabadikan kenangan dan memori perkahwinan mereka di sini.  Di Bawah ini, saya sempat sediakan beberapa keping gambar sekitar Laman padi dan gambar perkahwinan "out-door wedding" kakak kawan saya tahun lepas.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat Menarik Pantai Kok

       Pantai Kok sinonim dengan tempat perkelahan dan tempat melepak serta melapangkan fikiran. Pantai Kok nie terletak jauh dengan Pekan Kuah dan berdekatan dengan Kareta Kabel. Anda boleh singgah ke pantai ini, setelah menaiki kereta kabel. Di pantai nie juga, pihak kerajaan telah menjadikan tempat berlabuh bagi kapal-kapal layar yang ingin belayar ke Singapura, China dan sebagainya. Tempat berlabuh kapal2 ini dinamakan Telaga Habour. Korang nak tengok pelbagai jenis kapal layar boleh lah datang ke sini. Satu tempat lagi untuk kapal-kapal layar berlabuh adalah di Yatch Club, iaitu bersebelahan dengan jeti kuah.
     Selain itu, rumah api juga dibina untuk memudahkan kapal-kapal layar ini, berlabuh di Telaga Habour. Ops, sebelum lupa satu lagi, kalo siapa-siapa nak tengok pulau buatan boleh ke sini, nampak mcm "real island" jugak tau. Nie gambar pulau buatan  tersebut.


Di bawah nie, saya sempat sediakan beberapa keping gambar yang saya amik kat sini.Saya paling suka berkelah dan bersantai di sini, kerana tempat yang yang redup di kelilingi pokok rhu dan gambar-gambar kapal layar yang saya sempat "snap"..hihihi :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat Menarik : Pantai Tanjung Rhu

Kali nie, saya nk bagi tau pantai yang menarik di Langkawi yang anda boleh lawati dan kunjungi iaitu Pantai Tanjung Rhu. Pantai ini, terletak di sebelah utara Pulau Langkawi. Pantai ini dipanggil tanjung kerana terletak di bahgian tanjung laut dan mempunyai pokok Rhu yang banyak sekitarnya. Pantai ini sangat landai dan berpasir putih, anda anda boleh mandi dan bermain-main ombak  di sini. Hotel 4 Season jugak terletak bersebelahan dengan Pantai Tanjung Rhu. Hotel 4 Season ini bertaraf 6 bintang. Kalo nak hotel yang biasa2 pon ada jugak, nama hotel tu tak silap Tanjung Rhu Beach Resort. Bagi anda yang sukakan ketenangan boleh lah menginap di sini. Kalo anda berkesempatan boleh tengok orang mencari siput. Kat Pantau tanjung Rhu nie, Siput yang ada adalah Siput Kepah dan Siput Kabung.
Nie saya, tunjukkan gambar Pantai Tanjung Rhu.



nie plak gambar siput kabung yang saya kutip kat tanjung rhu, dah siap nk rebus dah nie, kalo tak nak rebus, anda boleh kopek mentah jugak, anda kena buang kulit siput nie dlu dan amik isinya. Lepas letak air limau nipis dan letak bawang merah dan cili melaka, ia siap untuk dimakan secara mentah..hihihi
datang langkawi cuba la yea..tp anda kena datang semasa musim siput ini timbul di PantaiTanjung Rhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat Menarik : Dataran Lang

Hari nie, saya nk bercerita pulak pasal tempat yang anda boleh lawati iaitu Dataran Lang. Dataran Lang nie, terletak bersebelahan jeti kuah aje. Lepas feri berlabuh tu kat terminal tu, korang boleh nampak dah Dataran Lang tu.korang boleh jalan kaki dari jeti kuah.
Dataran Lang nie dijadikan sebagai tempat macam mana nama Langkawi mendapat nama. Burung Lang tinggal di pulau yang ada batu kawi, batu kawi nie warna merah.Kalo korang perhatikan betul2, tugu burung helang tu tengah berdiri di atas batu.Ada jugak mak saya bagitau, burung garuda tinggal di langkawi zaman dulu2, macam2 cerita lah yang saya dengar. Nie saya tunjuk kan gambar Dataran Lang kat korang key.

Boleh tgk btul2, burung helang berdiri atas batu.nie saya 'capture' gambar dari tempat taman lagenda, nanti saya bagi tau plak pasal taman lagenda.

Nie saya nk tunjuk gambar 1 lg gambar dataran lang dari udara, boleh la tgk walaupun penah tgk gak gmbr ni kat blog lain kan... hihi
saya tak helikopter nk tangkap gmbr dari udara, jadi 'copy ja la sikit2... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat Menarik :Pantai Chenang

Pantai Chenang adalah pantai yang menjadi tumpuan pelancong asing ke Langkawi. Untuk pengetahuan korang, Pantai Chenang nie macam ala-ala pantai petong la, tau kan pantai petong tu kat Phuket. Kedai-kedai nie mcm jenis ada, kalo nak bar kecil pon ada sepanjang jalan pantai Chenang nie.Orang kata, malam-malam "Happening" la kat sini.Panta Chenang nie memang pantai nya berpasir putih dan landai, Boleh mandi laut dengan selamat. Pantai ni mengadap Pulau Rebak Besar. Nie ada gambar yang sy tangkap untuk tatapan korang.



Selain itu, kat pantai Chenang nie, selalu menjadi pilihan pengarah2 filem atau drama membuat pengambaran, Contoh Drama Noamie dan Chinta yang tayangkan di slot Akasia TV3. Di Pantai ini, pihak MPL telah meletakkan satu papan tanda trademark " LANGKAWI PERMATA KEDAH" .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat Menarik : Kereta Kabel

Mungkin anda semua mengetahui tentang kereta kabel yang terdapat di Langkawi. Kalo pergi ke Langkawi tak maik kereta kabel memang rugi lah, kerana anda boleh melihat permandangan dan panorama yang cantik sekitar Langkawi. Anda jugak boleh melihat Pulau Terutao yang terletak di Laut Andaman. Pulau yang pernah menjadi tempat pengambaran realiti show Survivor di NTV7 pada suatu ketika dulu.. Di Bawah ini, merupakan gambar-gambar permandangan di sekitar Gunung Mat Chincang.


nie pulak gambar jambatan gantung yang terletak atas gunung mat chincang nie.. rs2 kat tempat lain tak dak lagi jambatan gantung atas gunung kan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS